sponsor by nuffnang

i-city

Ha ni la gambar2 berjalan ke i-city
cantik tempat ni
penuh dengan lampu-lampu warna warni
idea penuh kreatif


sampai ja dah excited bergambar..


Rindu kawan-kawan


Tetiba aku teringat zaman study dulu...Masa berlalu begitu pantas, tak mampu nak kejar...lagi dikejar, lagi jauh ditinggalkan.....hmmm aku rindukan kawan2 seperjuangan masa belajar dulu..rindu suka duka student life...tapi tu masa zaman remaja...masih keanak-anakan lagi...sekarang ni dah dewasa...dah jadi bini orang...kalau ulangi zaman belajar masa ni belum tentu la dapat menikmati saat-saat indah macam dulu kan... 

mana la kawan2 ku dulu...masing2 dah ada komitment sendiri samaada dalam kerjaya mahupun family...ramai yang dah kawen...ramai juga yang masih mencari2 jodoh yang sesuai...

Tak nak tolong bangsa sendiri...apa cerita ni?

Kita selalu dengar orang cakap macam ni kan "Kalau kita sendiri tak bantu bangsa kita..siapa lagi yang nak bantu ." selalunya ucapan macam ni biasa kita dengar atau cakap dalam berniaga kan...dan semestinya kaum melayu la... ataupun kita mesti support peniaga melayu kerana nak bantu bangsa melayu...biar bangsa melayu lebih maju dalam bidang perniagaan yang kebiasaannya dimonopoli oleh kaum cina ( terbukti dengan kebanyakan bangunan besar2 bertulisan cina ataupun dinamakan dengan pemilik cina )..berapa kerap sangatlah kaum melayu yang berjaya kan.....

ish2 apasal aku cakap pasal perniagaan plak ni...libatkan kaum plak tu.. jangan sampai menimbulkan sensitiviti kaum la..uish aku tak cita kaum2 ni..sebenarnya aku nak cita pasal peniaga yang dengkikan peniaga lain ni yang mana berlaku kat depan mata sendiri ..malah baru sangat berlaku malam ni....

aku nak rahsiakan di mana kejadian ni berlaku tapi yang pasti dalam sebuah restoran tempat aku ,laki aku dengan adik2 aku makan malam......bermulalah kisahnya.....

Volcano melanda...

cita ni ak da kena mengena dengan letusan gunung berani merapi yang melanda bumi indonesia....tapi ni cita gunung berapi yang meletus dalam perut aku ni ( sakit perempuan )...huhuhuhu.. susah nak cakap camna bila ia menyerang..bagi kaum sejenis ngn aku tau la kot... rasa angin satu badan...tapi aku tak la melenting macam sesetengah orang tu...cuma aku suka bersendirian bila ia menyerang....tapi kali ni aku tak leh sendirian...tu yang aku angin sikit...

korang bayangkan tengah malam

The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader


Dalam duk bosan-bosan layan tv  dan internet ja ni aku duk search la movie terkini yang sedag ditayangkan kat panggung-panggung wayang berhampiran dengan rumah aku ni....sian tengok adik aku yang berdua ni...sejak datang kat rumah aku ni, lum lagi sempat pergi jalan mana2. mana tak nya laki aku tu sibuk memanjang ja kan ... lagipun dah lama aku tak layan movie kat panggung ni...asyik download ja...

aku pun masukkan lah web GSC ni nak tengok cita apa yang best kan untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat ( U ) la memandangkan aku nak bawa adik2 aku yang dah cinfirm bawah umuq ni..

bosannya aku...emo2

Awatla aku bosan sangat arini... bukan tak da kerja nak dibuat, tapi aku malas sgt2..isk isk apasal ni.. dari pagi aku duk ja ngadap tv ni, rasanya setiap cita yang ditayang kat tv tu aku tengok sampai juling biji mata dah.. cuaca kat luar plak memdung ja.. nak pi jejalan plak keta roadtax mati tak sempat nak bayaq lg...kalau tak leh la jugak meronggeng2 kat MAHA ka, tak pun TESCO or GIANT yg sentiasa dikunjung setiap hujung minggu..kira aku ni pelanggan setia hypermarket ni la... dalam duk taip2 entry aku bosan ni, terpandang la halaman rumah aku tu...

 jeng..jeng..jeng 
dalam 2 ari lepas rumput yang bagai lalang depan rumah tu dah selamat dipotong dah, tapi rumput2 kering tu tak pun aku kaut masuk beg sampah lg....bukan tak sempat buat, aku jadi malas la sekarang...biar jelah rumput tu kering sendiri kan...hahhaha senang cita. nanti leh kumpul bakar je..biar buat pencemaran kat taman ni plak..(jahatnya aku)

Akhirnya tiba saat itu..

Syok tak terkata bila dengar adik-adik aku nak mai malam ni melawat angah depa kat sini....satu-satunya adik pompuan aku kat dunia ni (16tahun)dan  adik bongsu aku la( 7tahun)....yang aku sayang sangat-sangat ( memang semua adik beradik aku, aku sayang pun) last jumpa  depa masa raya puasa baru-baru ni..kira lama jugak la kan tak balik kampung.. sekarang ni kan cuti sekolah. sian kat depa dah lama nak mai sini tapi asyik tak jadi ja..dalam bulan ni ja dah 2 kali dah duk kata nak mai sini, tapi tak jadi.. 

kali pertama masa raya haji baru ni...

Good or bad news..?

Kalau surat dimulakan dengan sekacita....mestilah good news kan, tapi berita yang aku dapat ni aku tak pikir plak ianya berita yang boleh buat aku gembira...awal baca memang terdetik sikitla kat dalam hati aku (gembira) tapi bila baca bawah sikit...cam kecewa la..sudah pasti ianya bertukar sedih...

sepatutnya aku nak dengar happy ending..bukan sad ending..

Mak aku dimadukan


Awat la sejak 2 menjak ni aku selau sangat mimpikan arwah ayah…boleh kat tiap-tiap malam. Tapi bukanlah mimpi dia mai ajak aku ikut dia ….tu alamat tak lama la tu…ish2 moga umur aku panjang la kan.. mungkin aku terlalu rindukan dia kot.. kadang2 dia sorang ja daam mimpi aku tu…kadang-kadang arwah nenek pun ada gak dalam mimpi aku tu..
Baru-baru ni aku mimpi aku, arwah ayah ngn arwah nenek naik motor dalam hujan.. hujan lebat plak tu…korang bayangkan 3 orang naik motor sekali. Aku duk kat tengah2…kami naik motor dari rumah nenek nak balik rumah aku la…

PoConG MeNgGaNAs

POCONG????

Aduh dengar nama pocong pun dah seram sejuk rasa...ni kalau jumpa tak tau la.. korang tau tak Pocong tu apa....? HANTU la... yang berbungkus seluruh badan ..lompat2 kaco orang tu la..
Ni berita terkini kehadiran pocong ni kat sebuah kampung kat Perak... berlaku sekarang ni la sejak2 lepas raya haji baru ni... kira baru seminggu lagi la. sekarang ni pocong ni tengah melilau kat kampung ni dan kawasan sekitarnya.. sumber ni

Mimpi?

Ada apa dengan mimpi sebenarnya....suatu petanda ataupun hanya mainan tidur semata-mata? Perlu ke kita percaya kepada mimpi yang kita alami..kalau tak leh percaya kenapa ada tafsiran mimpi mengikut islam... nak percaya plak, mungkin dikatakan tahyul.. Tapi sebenarnya mimpi petanda berlaku pada masa-masa tertentu....yang selebihnya adalah mainan tido...

Sha nak cerita beberapa mimpi yang telah Sha alami yang menunjukkan tanda sesuatu...
1) Sebelum arwah ayah meninggal...

ISLAM DIHINA DIMALAYSIA

 Dalam duk belek-belek Facebook , aku terjumpalah artikel ni.. MasyaALLAh dalam kita tak sedar rupanya agama kita telah ditindas secara halus.. dalam MALAYSIA plak tu yang terkenal dengan agama rasminya ISLAM....

Kain pasang clear stok

Dah lama kain2 pasang ni kat blog ni sebenarnya.. tapi kali ni Sha nak lelong2 ja kain2 ni sebab nak clearkan stok yang ada. memang lebih murah dari pasaran.. kalau nak runding harga pun boleh tapi jgn la murah sangat sampai kos pos pun tak lepas kan ...hehehhe

ok sapa yang nak beli boleh review. setiap satu ada sepasang ja yang tinggal.
leh tengok kat SINI ok...

sebarang pertanyaan n pembayaran
leh tinggalkan komen atau call sha..

norish_is2003@yahoo.com
019-4649839

bunga sabun...

semalam tengak rehat2 tengok tv, terpandanglah sabun mandi yang berlonggok kat dalam almari tv tu.. banyak plak tu...setahun mandi pun tak abis ni. sabun2 ni dapat bila pergi majlis kawen... semaknya pandangan aku tengok sabun- sabun ni kat situ...

 sebelumnya...masih sabun..

 nak letak mana ye...atau apa boleh buat ye ngn sabun2 ni.. bukan leh makan pun... dalam duk pikir2 tu datanglah idea.... lama dah  aku tak buat benda2 renyah ni...

pi selongkar dapur jap tengok apa yang ada... boleh tak guna untuk aktiviti kreatif ni..
 jeng2 setelah bertungkus lumus sambil tengok tv .. nilah hasilnya..
dari sebuku sabun mandi... dah jadi sejambak bunga...

 dah jadi sejambak bunga...cantik tak

nak buat bunga sabun orkid plak..

kalau buat bunga sabun orkid....ok ke?

Dah lama sha tak update blog ni....tak der masa sekarang ni. sibuk ngan kerja-kerja kat office. 
Tetiba teringin nak buat kraf2 balik. Dah ada perancangan nak buat bunga sabun lagi. banyak sabun-sabun mandi yang dapat kat majlis kawe terkumpul dalam almari. tapi bilalah nak buat ye.. aritu dah buat ros..sekarang ingat nak buat orkid plak la.. ok tak ye kawan-kawan kalau sha buat orkid... orkid cantik gak kan. sebenarnya sha ni memang sukakan bunga.... nak cubalah... kita tengok hasilnya nanti. sha akan update picture bunga sabun orkid plak..tu pun kalau mood rajin ni datang menguasai diri..hehehe









 








sponsor by nuffnang