sponsor by nuffnang

Akhirnya tiba saat itu..

Syok tak terkata bila dengar adik-adik aku nak mai malam ni melawat angah depa kat sini....satu-satunya adik pompuan aku kat dunia ni (16tahun)dan  adik bongsu aku la( 7tahun)....yang aku sayang sangat-sangat ( memang semua adik beradik aku, aku sayang pun) last jumpa  depa masa raya puasa baru-baru ni..kira lama jugak la kan tak balik kampung.. sekarang ni kan cuti sekolah. sian kat depa dah lama nak mai sini tapi asyik tak jadi ja..dalam bulan ni ja dah 2 kali dah duk kata nak mai sini, tapi tak jadi.. 

kali pertama masa raya haji baru ni...
kononnya nak la tumpang jiran aku yang balik beraya tu...jiran sebelah rumah la. kebetulan plak dia pun bawa balik keta adik aku juga la...so takkan dia tak bagi tumpang plak kan ( keta kosong banyak ). tapi... bila tiba saatnya..dah nak masuk keta dah ni..barang semua dah siap masuk keta dah ... sekali empunya keta tu ( adik aku la ) tepon, cakap tak payah mai lagi.. nanti minggu depan dia nak balik ambik budak-budak nih ...susahkan jiran aku tu plak nak mai antar budak2 ni pagi2 buta kat rumah aku ni... ( diaorang bertolak malam so sampai pagi la) dah plak tu pemandu tu plak bukan tau pun rumah aku ni kat mana... kan satu hal lak duk pusing2 cari rumah aku ni..so dah kata lagu tu, apa lagi...meraung la adik aku yang bongsu tu. dah la duk kemaruk lama dah nak mai sini....alik2 last minit tak leh mai plak..

so kisah yang ke 2 plak...empunya keta tadi plak ( adik aku ni ) pun balik la kampung...kebetulan la dia nak ada kerja kat utara tuh... pun balik la ngn geng2 ofis dia tu.. 2 biji keta tapi 6 orang ja lah....kiranya ada space lagi lah kan kaau setakat adik aku tu nak tumpang mai sini...
nak dijadikan cita plak depa ramai2 ni pi plak shopping kat bukit kayu hitam tu...tak tau la kan apa yang diaorang beli tu..sampai penuh keta...so dah tak leh sogok 2 orang penumpang lagi...sorang ja yang boleh masuk pun...so ingat nak bawa yang kemaruk tadi ja lah...tapi dia plak tak mau mai kalau kak dia tu tak ikut....hahahaha depa ni memang tak leh berenggang walaupun macam anjing ngn kucing kalau duk sekali...
so tak leh la mai sini..

last2 aku suruh ja mak aku ni pi beli tiket bas untuk depa 2 orang ni walaupun mak aku ni tak bapa harap sangat depa 2 orang ni mai nek bas mai Kl ni...
tu la yang mai malam ni jugak tu...duk tangguh2 sampai bila pun tak leh mai la..

ni ha rupa adik aku 2 orang ni..
yang paling tinggi n paling rendah tu la adik aku....apa nak buat dah kakaknya rendah..
Catat Ulasan

sponsor by nuffnang