sponsor by nuffnang

PoConG MeNgGaNAs

POCONG????

Aduh dengar nama pocong pun dah seram sejuk rasa...ni kalau jumpa tak tau la.. korang tau tak Pocong tu apa....? HANTU la... yang berbungkus seluruh badan ..lompat2 kaco orang tu la..
Ni berita terkini kehadiran pocong ni kat sebuah kampung kat Perak... berlaku sekarang ni la sejak2 lepas raya haji baru ni... kira baru seminggu lagi la. sekarang ni pocong ni tengah melilau kat kampung ni dan kawasan sekitarnya.. sumber ni
Sha dapat dari seorang kawan Sha. kira kampung dia la ni..

Menurut sumber tu, pocong ni berasal dari Padang Serai , Perak... sekarang ni dia melilau pada waktu malam cari mangsa. Bukan apa, cuma dia minta sesapa yang dia jumpa tu supaya bukakan ikatan kat kepala dia ja.. 
Menurut kawan Sha tu, masa hidupnya dulu, orang ni pakai susuk. tapi tak sempat dibuang sebelum meninggal.. tu la agaknya bila dia meninggal....dia tak tenang. So dia keluar la minta tolong orang buka ikatannya tu..untuk lepaskan dia la agaknya kan...

Ish korang bayangkan lah kalau korang jumpa pocong ni...pastu dia minta korang tolong buka tali kat kepala dia tu...agaknya korang buka tak ye...? atau korang atur seribu langkah...entah2 tak cukup tanah korang lari gamaknya kan...

Sampai sekarang pocong ni masih merayau2 lagi...penduduk kampung dah tak berani dah nak keluar malam2.. ada sorang pekerja kilang ni tersermpak...terus demam seminggu...kalau Sha pun...confirm demamlah....

Ish seram plak duk cita pasal pocong tengah2 malam ni...dah la bilik gelap....uish tengok kiri kanan la...meremang bulu roma dah...
ni la gambaran pocong...tapi ni bukanlah pocong yag merayau kat perak tu.....sekadar hiasan nak perkenalkan pocong ja...
Catat Ulasan

sponsor by nuffnang