sponsor by nuffnang

i-city

Ha ni la gambar2 berjalan ke i-city
cantik tempat ni
penuh dengan lampu-lampu warna warni
idea penuh kreatif


sampai ja dah excited bergambar..


Rindu kawan-kawan


Tetiba aku teringat zaman study dulu...Masa berlalu begitu pantas, tak mampu nak kejar...lagi dikejar, lagi jauh ditinggalkan.....hmmm aku rindukan kawan2 seperjuangan masa belajar dulu..rindu suka duka student life...tapi tu masa zaman remaja...masih keanak-anakan lagi...sekarang ni dah dewasa...dah jadi bini orang...kalau ulangi zaman belajar masa ni belum tentu la dapat menikmati saat-saat indah macam dulu kan... 

mana la kawan2 ku dulu...masing2 dah ada komitment sendiri samaada dalam kerjaya mahupun family...ramai yang dah kawen...ramai juga yang masih mencari2 jodoh yang sesuai...

Tak nak tolong bangsa sendiri...apa cerita ni?

Kita selalu dengar orang cakap macam ni kan "Kalau kita sendiri tak bantu bangsa kita..siapa lagi yang nak bantu ." selalunya ucapan macam ni biasa kita dengar atau cakap dalam berniaga kan...dan semestinya kaum melayu la... ataupun kita mesti support peniaga melayu kerana nak bantu bangsa melayu...biar bangsa melayu lebih maju dalam bidang perniagaan yang kebiasaannya dimonopoli oleh kaum cina ( terbukti dengan kebanyakan bangunan besar2 bertulisan cina ataupun dinamakan dengan pemilik cina )..berapa kerap sangatlah kaum melayu yang berjaya kan.....

ish2 apasal aku cakap pasal perniagaan plak ni...libatkan kaum plak tu.. jangan sampai menimbulkan sensitiviti kaum la..uish aku tak cita kaum2 ni..sebenarnya aku nak cita pasal peniaga yang dengkikan peniaga lain ni yang mana berlaku kat depan mata sendiri ..malah baru sangat berlaku malam ni....

aku nak rahsiakan di mana kejadian ni berlaku tapi yang pasti dalam sebuah restoran tempat aku ,laki aku dengan adik2 aku makan malam......bermulalah kisahnya.....

Volcano melanda...

cita ni ak da kena mengena dengan letusan gunung berani merapi yang melanda bumi indonesia....tapi ni cita gunung berapi yang meletus dalam perut aku ni ( sakit perempuan )...huhuhuhu.. susah nak cakap camna bila ia menyerang..bagi kaum sejenis ngn aku tau la kot... rasa angin satu badan...tapi aku tak la melenting macam sesetengah orang tu...cuma aku suka bersendirian bila ia menyerang....tapi kali ni aku tak leh sendirian...tu yang aku angin sikit...

korang bayangkan tengah malam

The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader


Dalam duk bosan-bosan layan tv  dan internet ja ni aku duk search la movie terkini yang sedag ditayangkan kat panggung-panggung wayang berhampiran dengan rumah aku ni....sian tengok adik aku yang berdua ni...sejak datang kat rumah aku ni, lum lagi sempat pergi jalan mana2. mana tak nya laki aku tu sibuk memanjang ja kan ... lagipun dah lama aku tak layan movie kat panggung ni...asyik download ja...

aku pun masukkan lah web GSC ni nak tengok cita apa yang best kan untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat ( U ) la memandangkan aku nak bawa adik2 aku yang dah cinfirm bawah umuq ni..

bosannya aku...emo2

Awatla aku bosan sangat arini... bukan tak da kerja nak dibuat, tapi aku malas sgt2..isk isk apasal ni.. dari pagi aku duk ja ngadap tv ni, rasanya setiap cita yang ditayang kat tv tu aku tengok sampai juling biji mata dah.. cuaca kat luar plak memdung ja.. nak pi jejalan plak keta roadtax mati tak sempat nak bayaq lg...kalau tak leh la jugak meronggeng2 kat MAHA ka, tak pun TESCO or GIANT yg sentiasa dikunjung setiap hujung minggu..kira aku ni pelanggan setia hypermarket ni la... dalam duk taip2 entry aku bosan ni, terpandang la halaman rumah aku tu...

 jeng..jeng..jeng 
dalam 2 ari lepas rumput yang bagai lalang depan rumah tu dah selamat dipotong dah, tapi rumput2 kering tu tak pun aku kaut masuk beg sampah lg....bukan tak sempat buat, aku jadi malas la sekarang...biar jelah rumput tu kering sendiri kan...hahhaha senang cita. nanti leh kumpul bakar je..biar buat pencemaran kat taman ni plak..(jahatnya aku)

sponsor by nuffnang