sponsor by nuffnang

The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader


Dalam duk bosan-bosan layan tv  dan internet ja ni aku duk search la movie terkini yang sedag ditayangkan kat panggung-panggung wayang berhampiran dengan rumah aku ni....sian tengok adik aku yang berdua ni...sejak datang kat rumah aku ni, lum lagi sempat pergi jalan mana2. mana tak nya laki aku tu sibuk memanjang ja kan ... lagipun dah lama aku tak layan movie kat panggung ni...asyik download ja...

aku pun masukkan lah web GSC ni nak tengok cita apa yang best kan untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat ( U ) la memandangkan aku nak bawa adik2 aku yang dah cinfirm bawah umuq ni..
tapi aku tertarik nak tengok cita ni Narnia 3 :3D...maklumlah kan aku ni tak pernah lagi tengok movie 3D ni...camna la kan.. mesti best kan..so aku ngan laki aku nak bawa adik2 aku ni tengok midnight cita ni nanti..tapi satu hal plak... panggung wayang yang berhampiran ngan rumah aku ni ( 101 mall puchong ) tak tayangkan movie ni untuk midnight... paling lewat pun pukul 7.00 malam . time magrhib tu....ish tak suka la aku...time maghrib duk dalam panggung wayang...kalau solat maghrib dulu kan terlepas plak intronya tu....ish mana best tengok kalau tengok movie dah separuh....dah la tiket mahal...
so aku search la panggung yang tayang midnight ni...hanya mid valley ja yang  terdekat pun ( sanggup ni nak tengok wayang punya pasal, jauh sikit pun takpa )...tayangan pukul 12.00 a.m ( dah nama pun midnight kan )

lepas magrib ja terus bertolak g midvalley...... nak beli tiket awal kan...kan habis plak...jauh gak ni midvalley, kalau tak dapat tiket kan sia-sia ja pergi jauh2. Sampai ja kat mid valley tu terus pergi beli tiket dulu...ada tayangan kul 9.30 tapi dah Sold out...so tak palah beli gak yang kul 12.00 a.m tu... alamatnya kena tunggu 3 jam lagi lah....

pi makan dulu kat food junction dalam midvalley tu...(memang perut aku dah lama minta diisi ) . banyak kaunter dah tutup...so makan la apa yang masih tinggal kan.... abih makan pun baru pukul 10.00 p.m...ish lama lagi ni nak tunggu....nak buat apa ...dah la semua kedai dah tutup....nak jalan2 pun dah tak da benda dah...rehat2 jalah kat bangku yang ada kat situ....termenung....

dalam duk tunggu tu adik pompuan aku ajak turun kt center court ( kat situ ada deco krismas day ).... ala ada teddy bear besar2, ada pokok krismas semua.... dia ajak bergambar kat situ...lagi pun tak da orang dah dalam midvalley tu...nak ambik gambar pun tak la malu nak posing2 kat situ ...nanti aku letak gambarnya kat next post ye...sekarang ni aku nak cita pasal tengok movie...hehehehhe

lepas bergambar dah pukul 11.30..dah boleh beli popcorn ni untuk bekalan kunyah2 dalam panggung nanti...
bila dah beli terus masuk panggung ( dah ta sabar ni nak tengok Narnia 3D ni) depan pintu nak masuk panggung wayang tu, diaorang bagi la spek mata untuk dipakai masa tengok movie tu...lebih kurang macam ni la spek mata tu....glamour habis la kat dalam  tu nanti bergaya ngn spek ni...
tayangan dah bermula......best gak la tengok 3D ni..tambah2 movie Narnia 3 ni pun best gak...berbaloi2 la...ish aku tak nak la ulas pasal movie ni....korang pergi la tengok sendiri.....tak nyesal la pergi tengok walaupun tiket mahal sikit.... ni aku selitkan trailer untuk korang view sikit jalan citer nya..
LAYANNNN......
Catat Ulasan

sponsor by nuffnang