sponsor by nuffnang

Volcano melanda...

cita ni ak da kena mengena dengan letusan gunung berani merapi yang melanda bumi indonesia....tapi ni cita gunung berapi yang meletus dalam perut aku ni ( sakit perempuan )...huhuhuhu.. susah nak cakap camna bila ia menyerang..bagi kaum sejenis ngn aku tau la kot... rasa angin satu badan...tapi aku tak la melenting macam sesetengah orang tu...cuma aku suka bersendirian bila ia menyerang....tapi kali ni aku tak leh sendirian...tu yang aku angin sikit...

korang bayangkan tengah malam
kawan husband aku datang rumah...kul 12.00 malam baru sampai...biasanya time ni aku tak la tido lagi...tapi kalau volcano ni datang, biasanya aku memang tido awal sebab tak tahan sakit...berbalik pada kawan laki aku ni....kalau dia datang sorang2 tak pe...aku tak kisah la sangat sebab aku leh ja tido...tapi dia bawa isteri dia plak...nak tak nak aku kena la layan isteri dia tu....aku dah sakit sangat, jadi aku layan pun seadanya lah....sampai kul tiga pagi pun lum balik lagi...aku dah angin ni...nak tido tak sampai hati...aku tengok isteri dia pun cam dah ngantuk sangat sampai berair mata, tapi bila aku ajak tido dulu sementara nak balik dia tak nak.....aduish...

diaorang balik dah kul 4 lebih....so bolehlah aku tido ngn tenang.....

tapi... pagi2 lagi dah ada orang ketuk pintu...kawan laki aku ( bukan yang malam tadi, lain plak ) plak datang....aduh menggangu sudah tido ku....dah la aku tak sihat...rasa sangat tidak selesa bila time2 cam ni ada orang datang..... dah la hari cuti...nak jugak rehat2.... datang la time lain tak boleh ke?
aku tak cukup tido ni...siang malam kena layan tetamu ja.... bila dah datang tu bukan reti nak balik cepat2.. bukan aku tak suka tetamu datang...aku alu-alukan sesangat... tetamu kan rezeki...tetapi bagi tetamu2 tu...agak2lah ye. time dan keadaan mestilah betul...kadang2 tuan rumah tak selesa dengan kedatangan anda...tapi takkan nak halau plak kan...masih ada adap susilanya. tetamu yang datang masih dilayan sebaik mungkin walaupun dalam keadaan sakit....

"rumahku syurgaku
Catat Ulasan

sponsor by nuffnang