sponsor by nuffnang

Kisah Disebalik RM1

Sapa la yang tak kenal duit RM1 ni kan.. buadak kecik pun kenal ni eh. Tambah-tambah dah dekat nak raya ni sibuk duk isi duit ni dalam sampul ampau tu kan.. Sha bukanlah nak cerita tentang nilai duit ni atau hari raya pun sebenarnya.. tapi kalau terpandang duit seringgit ni, mesti teringat kisah lucu berkenaan duit seringgit ni yang buat Sha tersenyum sesorang... kisah benar ni.. meh nak cita.

Alkisahnya begini... berlaku depan mata ni... ada lah seorang anak teruna ni , baru first time ni datang ke rumah bakal mak mertuanya...konon-konon baru nak kenal-kenal family bakal isteri la ni... kira bukan datang kejap ...tapi dah tinggal kat rumah bakal mertuanya tu dua tiga hari gak la...maklumlah datang dari jauh kan, musim buah pulak tu...tak kan nak datang balik hari plak kan.. so segalanya berjalan lancar sampai ke hari si teruna ni nak balik dah KL tu (teruna ni berasal dari KL la)  ... kebetulan plak si bakal isteri belajar kat sana juga...so diaorang ni balik sekali la naik bas nak ke KL...

Aku Bukan Tak Tahu Masak

Since Sha pregnant ni tak pernah lagi dapur kat rumah ni berasap.. bukan tak pandai masak or malas nak memasak..tapi  kalau Sha masuk or lalu ja kat dapur tu pegang periuk ke, jengah-jengah kat sinki ka, secara otomatik la perut Sha ni keluarkan rasa yang memualkan..nak muntah. tak tau kenapa... uish anak ibu tak suka masak ke.. nak makan kat luar ja... memang hari-hari la restoran berdekatan menjadi singgahan Sha dan Suami tak kira, breakfast, lunch mahupun dinner... Nak harap en suami masak...jangan harap la... nasi pun leh lembek... tapi basuh pinggan ok la..dia rajin basuh..


tapi ok la gak kan.. tak payah la hari-hari Sha nak fikir menu nak masak apa.. cuma cedok2 ja lah.. hehehehe. best jugak kan.. tak perlu la hari-hari en suami Sha tu nak demand lebih2 or cerewet pasal apa yang Sha masak. Makan ja apa yang ada.. kalau tak pun meggi jadi hidangan ( cepat dan sedap)

memandangkan Sha tak leh nak masuk dapur.. en suami la mangsanya sekiranya ada urusan kat dapur tu... dia tak leh bagi alasan dah...hahahaha sesi membuli en suami.. time ni la peluangnya kan.. kalau tak pregnant tak leh la buli2 ni....sorry ya abang....

For My Becoming Baby..

Berita yang tak disangka Sha dapat serentak gak dengan berita result exam keluar... i' m pregnant! Alhamdulillah akhirnya penantian selama dua tahun berakhir.. sejuta perasaan timbul, antara gembira, keliru , serabut, takut, serba salah semua ada dalam otak  masa result +ve tu tertera kata UPT tu... uish apa harus Sha buat sekarang ni.. Sha bersyukur dan terima pemberian ALLAh ni dengan hati yang terbuka.. 

Masa aku tulis entry ni, kandungan Sha dah pun 11 weeks, ni bermakna dah dua bulan lebih usianya, nak masuk tiga bulan dah... alhamdulillah anak Sha membesar tanpa banyak masalah...alahan pun takda.. InsyaALLAH anak ibu  baik , awal-awal kehadirannya dalam kandungan ibu pun dah tak beri ibu kesusahan, kepayahan. Harap anak ibu terus bersikap baik dah sihat-sihat sahaja atas lindunganNYA... 

Nanti Sha cita pengalaman Sha buat buku merah kat klinik..( Buku wajib ibu hamil ni ) .. masa ni bukan ini yang nak di cita... hal lain..

Punya la excited nak ada baby kan, lum apa-apa lagi Sha dah buatkan baby topi ( hat crochet )...hahahaha mesti kelakar kan lum tiga bulan dah bersedia.. tapi yang lebih kelakarnya aku punya la rajin buat benda alah ni sepanjang malam tak tido sambil menemani en hubby buat kerjanya... tambah2 kelakar lagi hat tu hanya sesuai untuk baby girl..kih kih.. maunya baby yang keluar nanti boy camna, sesuai ke dipakai...

bukan apa..tengah-tengah Sha kusyuk mengait tu, tak perasan dah jadi bentuk hat baby girl....so nak buka Sha dah malas... So teruskan ja lah jadi gitu.. 
ni pic hat yang dah siap setelah bertungkus lumus sepanjang malam...


comel tak????.... tapi tu lah hanya gigirl ja lah sesuai...sungguh tak sesuai untuk boy kan....

Cute baby

Cute kan baby ni
anak sedara aku ni..merangkap anak adik aku
namanya Muhammad Sufi Iman 

ada baby contest tak....nak masuk la..kot2 leh menang..



Makngah rindula kat sufi....bila nak balik kg
dah lama tak jumpa


lagi gambar Sufi...


ni plak...Sufi ngn Abah dia...
Caya tak ni abah dia...

Ratusan Mati Terkena Kejutan Elektrik

Malang tidak berbau..ungkapan yang sering kita dengar apabila satu musibah melanda..
Gara-gara merayap di tengah malam...ratusan menemui ajal kerana terkena kejutan elektrik..

Kejadian berlaku ditengah malam hari apabila mangsa berlegar2 di dalam sebuah rumah yang di huni oleh aku yang anti mangsa ni

ni la rupa mayat-mayat mangsa..bergelimpangan..
  

Hahaha......padan muka nyamuk-nyamuk ni
kena bunuh ngn aku sebab kaco aku nak wat kerja sangat

Ni la pembantu aku dalam menjayakan misi membunuh nyamuk-nyamuk ni.

Bukan reket tenis tau benda ni...ni reket nyamuk...ada elektrik ni..
hati-hati..kalau tak kena nyamuk..tuan sendiri pun leh kena kejutan gak..








Jalan-jalan cari makan lagi..

Aku banyak menghabiskan cuti aku ni dengan makan-makan la..
kali ni makan western plak ngn husband n adik2 aku
biasalah kakak dermawan kan
sebab tu adik2 aku rapat ngn aku...sebab aku suka belanja diaorang makan
lokasi kali ni...kat restoran selasih..lupa lak nak ambik gambar restoran ni.

jom layan pic aku n adik2 makan western..
ni chicken chop aku...besar gila ayam...

lamb chop untuk tam..

beef steak utk en somi...n adik..

wajah ceria adik2 bila dah  kenyang....

lokasi seterusnya untuk makan-makan ni adalah rumah kenduri bila cuti sekolah minggu depan..
banyak dah jemputan diterima ni...hmm gemuk la aku lepas ni..


Tragedi Tanah Runtuh - Wajah ceria mangsa sebelum tragedi

21 May 2011..negara kita dikejutkan sekali lagi kejadian tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat. kejadian ini melibatkan 25 mangsa. 16 daripadanya terkorban.. kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 ptg apabila kesemua mangsa membuat persiapan untuk persembahan nasyid di sebuah khemah yang didirikan di belakang rumah anak yatim berkenaan di mana kejadian berlaku. Kesemua mangsa yang terkorban berusia antara 7 hingga 34 tahun.

Inilah keadaaan di tempat kejadian 

salah seorang mayat mangsa yang dikeluarkan 



Sekeping gambar sempat dirakamkan sebelum kejadian berlaku.... di bawah ini dipaparkan gambar keceriaan wajah mangsa sebelum musibah tersebut menimpa mereka...sayu rasa apabila menatap gambar tersebut..



sama-sama kita sedekahkan AL-Fatihah buat mangsa yang terkorban...ucapan takziah kepada keluarga mangsa...

Jalan-jalan Padang besar

jom jalan-jalan pi padang besar plak
apa yang ada kat sana ya?

macam-macam ada dik oi..jom kita tengok

setelah merentasi ladang tebu dan bukit bukau..maka sampailah aku ke destinasi





jeng...jeng...PADANG BESAR..SEMPADAN THAILAND

Teddy bear....BESAR OOOOO..

 Dalam aku duk bosan ni...aku godek2 la picture album dalam lappy ni...jumpa la gambar aku yang cun bersama teddy2 bear yang cute mute jom tengok...

Rasanya pic ni di ambil masa krismas tahun 2010 kot...sebab tu la ada teddy bear n krismas tree bagai..

Kenapa tak da orang sekeliling ya....apa tak nya pic ni diambil tengah malam ketika mid valley pun dah tutup semua kedai...tu la sakan kami posing kat sini...




amacam...comel tak aku...

best ooo peluk bear ni..
Adik aku yang over..
kawan2 panggil dia cik ROSE.......agaknya kurus kot...







landing sini....


pic ni...pak guard kat situ ambik...

sebenarnya kami nak tengok wayang 3D...ni ha 3 orang yang dah excited gila nak tengok wayang...Mid night tu..dah tu jadi orang pertama masuk sini...hahahhaa...tengok wayang kul 12.30 mlm ..balik kul 3 pagi..Narnia 3 kalau tak silap...

2 minggu pertama...masa lapangku

hahahha...memandangkan aku sekarang ni baaaaannnnyyyaaaaaaakkkkkkkkk saaaannnnnngggggaaaaaat masa lapang..aku isi la dengan aktiviti2 yang aku kira berfaedah sangat ( pada pikiran aku la...orang lain kira buang masa jalah) memang la buang masa..sebab tu aku isi ni...

minggu pertama aku cuti ni aku habiskan dengan makan...makan..makan... pendek kata aku g jalan2 cari makan jalah ...lepak, makan...pergi berkelah...makan ..memang makan ja lah selain buat hobi aku..hobi aku?...hahaha rahsia kat sini. nanti ramai yang ikut2 hobi aku tu..

ni bukti...yang aku makan ja minggu pertama habiskan cuti sebelum aku buat aktiviti lain plak...

 kat bawah ni....pergi berkelah ngn keluarga abang aku yang sulung, mak n keluarga paksu aku kat dusun kami...ada sungai.. sambil berkelah, mandi manda la..

lepas makan..semua berselerak....
aku tak mandi...so pose dah la...tengok budak2 mandi..

 kat bawah ni plak g makan kat kuala perlis ngn jiran sebelah rumah aku...eratkan silaturrahim la katakan

bersusun pinggan lauk...sedap weh..

tengok...selera betul laki aku makan...patutla boroi...weng weng
esoknya...sempena hari ibu...bawa mak n adik2 plak g makan2

interfreme jap ek..
juara n naib juara makan...hahhaa. kalau g makan, tak sia2 bawa 2 orang ni..gerenti tak membazir

esoknya plak bawa mak aku makan jagung plak....lepak kat kual perlis lagi....

my lovely mum..

ni spesis yang  poyo...hahhaa

buruknya aku makan jagung..

satu2nya adik pompuan aku....


Gambaran hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan

Video seks Anwar Ibrahim

Korang dah tengok ke video seks paling laris kat Malaysia sekarang ni ..yang melibatkan ketua pembangkang parti PKR tu...semestinya ANWAR IBRAHIM la kan...ni aku nak share kat korang bagi sesapa yang belum tengok... korang boleh nilai sendiri benarkah pelakon dalam video tersebut adalah ANWAR IBRAHIM atau ianya hanya mainan politik semata-mata...

video ni dah tersebar luas di internet..
siapa yang bertanggungjawab menyebarkannya...sedangkan salinan asal telah diserahkan kepada
pihak polis...
mungkinkah Datuk T...atau orang dalaman polis sendiri?

video

kat bawah ni plak bandingan gambar tulen ANWAR IBRAHIM dan PELAKON video tersebut
Adakah orang yang sama?


video dan gambar diatas kredit dari blogger..thanks



masalah rumahtangga...apa penyelesaiannya?

Dah pukul 2.15 pagi ni.....awat aku tak tido lagi time ni..esok ada test plak...economy tu..tak pa -tak pa aku pandai dah economy ( "ceh kepala hotak hang pandai " - semut sebelah aku kata ni...hahhahaha) mesti korang ingat aku duk brsengkang mata study time2 camni kan ( semut sebelah aku kata lagi -"sengkang mata mengelamun ja lebih " ) ha betul lah tu apa yang semut tu kata... aku duk mengelamun ja depan laptop ni..buku economy aku jauh dah ku tinggalkan atas meja study... eh apa kena mengena plak ngn entry aku kali ni...
sat2 sabaq2 aku nak cita la ni... eh bukan aku yang ada masalah rumah tangga ni...aku bahagia k...di samping sang suami ( oic...sang tu bukan untuk bin......t..g... ka? cam sang kancil n sang buaya ) eh silap2...disamping suami tersayang...ok la kot kan..gatal la plak pagi2 ni..

sebenarnya tadi aku ada chat ngn kawan lama aku...lelaki la...dia ni merangkap anak angkap mak aku..kiranya dia abg angkat aku la kan...ish2 tapi sebelum dia jadi anak angkat mak aku, dia ni kawan aku tau...oleh kerana dia baik n selalu datang kat rumah aku dulu..mak aku aggap dia macam anak sendiri n ambiklah dia ni jadi anak angkat dia.....so naiklah pangkat dia dari kawan aku, jadi abang angkat aku plak...amboi2 lebih2 nampak...nasib pangkat dia benti setakat tu ja....tak naik2 dah..kot2 la jadi menantu plak kan...ehehhe..

dia ni baru ja kawen bulan jan 2011 baru ni ..kira pengantin baru lagi lah...

Dalam hatiku...ada taman?

Walaupun taman bunga aku dah lama tak keluarkan bunga sejak aku pindah mai negeri terkecil kat malaysia ni....maklumlah aku dah jadi pemalas nak belai2 pokok bunga aku tu.. kalau dulu tiap2 hari aku siram n baja...belai bagaikan bayi, tapi sekarang ni...tengok daun sampai terkulai layu mencecah bumi barula aku terkedek2 cari air siram...daun2 pun dah kekuningan bagai. bunga apatah lagi la...putik bunga un aku dah tak pernah nampak... nak kata busy terlampau tu tak da lah...cuma aku malas... kalau dah malas nak wat camna kan.. 
 eh..eh...eh...aku bukan nak cita pasal pokok bunga aku yang dah layu tu..

Test..test...test !!!

Hahhaha.....huhuhuhu bukan syok ni, serabut kepala otak sebenarnya...ni la perkara paling aku tak suka bila blajaq ni...T. E. S. T...aku cukup tak suka bila lecturer gtau dia nak buat kuiz or test.. kalau dia dah cakap dua benda ni, minda aku mula la berpinar2 pikir...aku mesti baca buka atau dengan erti kata lain.. STUDY.. study..hard or smart.. tapi rajin ke aku sebenarnya nak study ni. penyakit M.A. L.A.S selalu datang bila aku pegang buku atau pen... mula la aku gatal nak buat benda lain... sapa leh tolong aku buang penyakit berbahaya ni..

Saat aku tulis entry ni pun sebenarnya petang ni aku ada Quiz... buku ja yang kat sebelah, tapi aku wat kerja len...update blog... kan aku dah kata tadi...aku akan buat kerja len bila pegang buku...huhuhuhu..

Minggu ni mungkin ada kuiz or test... pastu akan tetap menyusul beberapa test lag...aku kena stanby  ni.. dulu masa blaja kat UKM boleh la study rajin2 sebab masa tu otak fresh lagi... sekarang ni dah nak berkarat dah...aku kena asah bagi tajam ni..

Oh korang, please bagi kata motivasi kat aku sikit untuk aku terus berjuang memperjuangkan perjuangan ( tu dia banyaknya juang kat sini )yang belum selasai ni...


Pindah Rumah Lagi...

aku pindah rumah lagi buat kali  yang ke-3.....nampaknya dalam masa 2 tahun aku kawen ni, dah 4 bua rumah dah rumah aku duduk ( rumah sewa la wey....bukan rumah sendiri).. ni ha senarai rumah aku
1) rumah flat - kajang ( sebab aku belaja n kerja kat sana)
kemudian pindah sebab dah tak nak tengok kajang lagi setelah hampir 5 tahun duk situ...bosan dah duk tengok bas-bas ekspress ..maklum lah rumah sebelah ja ngn stesen bas tu...driver bas ng teksi leh kata aku kenal la..
2) apartment - puchong perdana
pindah sebab apartment ni leceh sikit... kereta leh parkig dalam kawasan apartment ni sebuah ja..keta aku ada dua buah..sebuah lagi kena la park kat luar, tu pun kalau balik lewat malam sikit, parking dah penuh.. kena la parking jauh....so kena la menapak....lepas tu kalau nak bawa masuk keta dalam kawasan apartment ni kena ada pas plak tu... so kalau sedara datang menjengah, kena la di soal jawab dulu ngn park guard kat pagar tu... leceh kan... sewa plak mahal. duk sini 6 bln ja...cukup la kan..
so pindah lagi ke rumah yang ke-3
3) rumah teres - taman putra perdana, puchong gak
nmapaknya keadaan rumah kami semakin baik... dari rumah flat ke apartment...seterusnya ke rumah teres... rumah teres ni double storey...cantik la. sewa pun lebih murah dari apartment sebelum ni..cuma jauh ke dalam sikit...kira jauh sikit la dari bandar... tapi aku suka...environment kat sini nyaman ja, sunyi dari kehidupan kota..jiran2 pun ok..tambah2 jiran chinese kat sebelah rumah.suka sangat bagi aku pokok bunga...kami kongsi hobi yang sama..
duk sini setahunja...dah kena pindah lagi...sebab aku sambung blaja...
4) rumah kampung - mata ayer, perlis.....
Ni la rumah kami sekarang..baru seminggu pinda...penatnya la pindah jauh2 ni...rumah pun tak berkemas lagi..sapa nak tolong aku kemas ni....

Lum tahu lagi, lepas ni aku akan pindah ke mana plak...cam kaum Nomad plak aku rasa pindah-pindah cari penempatan baru... hope lepas ni pindah rumah sendiri plak n tetap la..tak pindah2 lgi dah

Blog aku dah lama tak berupdate...jeng2

Wahh... hampir sebulan rasanya aku tak update blog ni...memandangkan aku sekarang dah sibuk kat Arau, Perlis sana....bukan busy mana pun tapi ada beberapa sebab yang memghalang aku update blog ni kat sana... antaranya... jeng2

* kat sana wireless sangat lah susah nak dapat.
* internet terlalu la slow....guna broadband pun cam membantu.
* aku tak rasa pun nak uopdate blog aku.... ( bz la konon)
* tiap malam aku tido awal.... siang aku bz masuk kelas.
* Tak da cita yang aku nak kongsi... rutin harian aku sama ja..

harap nanti aku dah pindah rumah baru, dah setup internet streamyx yang baru.... leh la aku update hari2 blog aku yang tak seberapa ni.... tapi ada ke orang jengah masuk blog aku yang tenggelam timbul ni...]

tak update blog...sebab sakit gigi dan tak sihat

sakit gigi menyerang lagi...ni semua gara-gara gigi bongsu yang baru nak tumbuh tuh la.. sakit oooo.... sapa-sapa yang pernah alami tau la camna rasanya.. hari2 bubur ayam mcd jadi santapan.. makanan lain memang tak leh nak masuk langsung....
rasa cam nak pi cabut ja gigi ni..tapi gusi bengkak, sudah pasti doc gigi tak nak cabut..nanti gusi rabak lagi sakit ooo...
huhuu cepatlah baik gigiku ini.. hilang semua nikmat makan ku rasa...hilang sudah hobby aku yang suka membebel..hubby aku kata sunyi la rumah ni...aman dia rasa sebab aku tak bebel cam biasa... hahhaha mungkin ni la balasan aku yang suka membebel ka.... rasakan...baru tau camna sakit..

sponsor by nuffnang