sponsor by nuffnang

Mood rajin..silalah datang!!!

Awat la MALAS SANGAT  ni...padahal esok aku ada test dengan presentation kot... waduh2 susah la macam ni. dah la sorang2 kat rumah . en husband dengan anak kat kampung...tinggal la aku terkontang kanting kat dalam rumah usang yang tunggu nak runtuh ni..

hohoho patutla aku malas sangat...maunya tidak, kalau dah berbaring tengok movie (Ombak rindu) bertemankan aircond sepoi-sepoi menghembus meresap ke tulang sumsum kan, tarik selimut jawabnya kejap lagi ni..

OH mood RAJIN silalah datang supaya aku tak kelam kabut esok.. last day kot esok sebelum aku berhari gawai seminggu.. GAWAI OH GAWAI...tima kasih sebab bagi aku cuti. Namun cutiku tidak ada ertinya sebab banyak kerja yang harus disiapkan..

AYUH ...SEDARLAH WAHAI DIRI...

SIBUK MELAYAN ORANG BARU

WAH !!! lamanya Sha tak update blog ni... dah jadi sawang kot noh... syyy..syyy(kuis-kuis sawang) bukan apa sekarang ni Sha sibuk layan orang baru..MY BABY.. 

oh lupa plak nak gtau tau Sha dah selamat bersalin baby boy 3 bulan lepas (2.2.2012).
ish tak tau nak cita apa la bila dah lama sangat tak jenguk2 sini.

apa pun layan ja lah pic anak Sha ni..
MUHAMAD NAIM AMSYAR namanya..

montel kan.. ni masa 3 bulan




sponsor by nuffnang