sponsor by nuffnang

Pertolongan Perlu Dibalas

 Siapa kata setiap pertolongan yang dihulurkan tidak diminta balasan...kecualilah niat pertolongan tersebut ikhlas kerana Allah Taala.. tidak mengharap pembalasan di dunia tetapi harapkan balasan akhirat dari Yang Maha Esa..

Tapi tak tengok la ragam anak Sha ni... rajin tolong ayahnya pindakan barang... tapi bukan tolong saja tau... kena ada upahnya... apa ... tengoklah...comey kan mereka... heehhee
ok tolong ayah dulu
Upahnya...free drive

Cuti-cuti Malaysia (Pantai Remis)

Kali ni kami jalan-jalan ke pantai remis plak.. saja ambik angin laut petang-petang kan, bawa anak teruna ni keluar tengok dunia setelah berkurung dalam rumah (sian anak ibu)
Pantai remis ni tak jauh pun dari rumah keluarga mmertua  kat klang ni..  tapi ni lah kali pertama Sha sampai kat sini.. duk dengar ja la family duk cita pasal pantai remis ni sebab diaorang selalulah pergi picnic atau memancing kat sini.. ala kumpul-kumpul family aktiviti hujung minggu kan.. tapi Sha tak pernah plak la ikut diaorang pun..

Bila dah sampai sini baru la tau camna keadaan pantai remis ni.. ala lebih kurang macam kat Kuala Perlis gak la.. pantai ada batu2 besar tu...leh lepak2 cuma dia ada gak la pantai... kalau Kuala Perlis tu tak da pantai... duk lepak atas batu jalah..

Yang bestnya kat sini ada kulit-kulit kerang dan siput.. so apa lagi.. ada la aktiviti kami petang tu... kutip kulit siput dan kerang... boleh buat kraf nanti... ok jom layan aktiviti kami sepetang di pantai remis klang...
Baru sampai...lepak tengok laut dulu

 
Aktiviti kutip kulit siput

Sukakan ilmu

Tengok gambar di bawah ini... ni la gelagat naim bila pergi kedai buku.. suka sangat ngan dengan buku-buku..Alhamdulillah semoga minatnya berterusan...
Sangat sukakan ilmu.. tiap hari minta buku dengan pen nak menulis.. tapi yang tak tahan, setiap hari satu batang pen.. mana tak nya pen akan rosak kalau dapat kat dia..

Semoga menjadi anak yang soleh, diPandang mulia di sisi Allah, Agama, Masyarakat...

macam la tahu membaca...belek ja lebih

Cuti-Cuti Malaysia (Zoo Negara)

Lokasi cuti-cuti kami kali ni.... Zoo Negara...
Lokasi yang sangat sesuai untuk kanak-kanak zaman sekarang untuk mengenali binatang-binatang kat alam ni..
Naim pun suka binatang..pencinta alam anak Sha ni..
hehehe

Nak masuk sini kena bayar k... 
Dewasa RM 30
Kanak-kanak atas tiga tahun RM 15
ini pun bayaran untuk MyKad.. so jgn lupa bawa MyKad kalau nak murah... kalau tak lagi mahal..
seingat Sha dulu murah ja dalam bapa ringgit ja... agaknya  kos makanan binatang-binatang kat sini dah mahal kot..

Memandangkan kami dah sampai agak petang..sempat la tengok show binatang... persembahan anjing laut main bola, burung kakak tua gitu...
Ramai betul pengunjung...maklumla cuti sekolah kan..

Niat dihati nak tengok panda...tapi panda belum lagi boleh dipamerkan kepada orang ramai.. tengok yang len dulu la..

Ok jom tengok gambar..


Baru sampai, bergambar dulu di pintu masuk Zoo

Show time

Badak air yang suka berendam

Kanggaroo... x perlu g Australia dah

Suka tengok flamingo

Cuti-cuti Malaysia (Muzium Tentera Port Dickson)

Alang-alang dah sampai Port Dickson ni...ternampak la plak muzium tentera, so singgah sebentar melawat muzium tentera ni... macam-macam yang di pamerkan di sini antaranya peristiwa sejarah, peralatan tentera, peristiwa-peristiwa penting, peralatan perang, kenderaan tentera dan sebagainya...

tapi tak sempat nak melawat semua memangdangkan cuaca agak panas terik...bahang terasa. Tambah2 bawa anak kecik...kejap jalah melawatnya..
ada la sikit gambar yang sempat di snap walau keadaan panas bahang tu...lain kali boleh datang lagi
Bagi yang ada hero-hero yang bercita-cita nak jadi askar tu...boleh la bawa ke sini... pasti teruja..




Cuti-cuti Malaysia (Port Dickson)

Destinasi cuti kami kali ni ke Port Dickson plak....
rasanya dah lama sangat tak menjengah ke Port Dickson, dah banyak yang berubah... kalau dulu pantai Teluk Kemang lah yang menjadi tempat singgahan pengunjung untuk bermandi manda.. tapi kali ni ada pantai baru.. ala yang depan Hotel Seri Malaysia (kami menginap kat sini...senang g pantai) Kalau tak silap pantai ni dulu penuh dengan hutan, tapi sekarang dah dibersihkan...ramai plak tu pengunjung... cantik, bersih lagi..
ok... tengok sikit pemandangan yang sempat Sha snap ni...walaupun matahari terik, pengunjung masih sanggup berpanas mandi manda...
cantik kan...


ni plak kami....jalan2 ditepi pantai di petang hari..yang paling seronok, Naim la....dapat jalan2 tengok laut ni, maklumlah ni kali pertama dapat main pasir... ayahnya lagi la excited, kalah si anak.. hehehe



Ragam Si Cilik

Dah besar dah anak ibu ni....semoga dikurniakan kesihatan yang baik, kecerdasan otak serta dilindungiNya..jadi anak yang  SOLEH ya! pejam celik, pejam celik telah dua tahun lebih Sha lahirkan benih cinta..MUHAMAD NAIM AMSYAR.. 

 Macam2 ragam dah sekarang...kadang2 sampai tak terlayan dek karenahnya.. hari2 ada ja akalnya.. Jom layan, penat lelah hilang serta merta melihat telatah anak...

bersantai atas pc ayah sambil minum susu

cara paling safety lindungi percikan minyak ketika masak...hahaha

cantik kan kasut baru naim...


tengok upin ipin sambil makan chicken fingers

Operation Theatre Online Booking System





Salam sejahtera semua...semoga hari-hari kita dipenuhi dengan keceriaan, kebahagian dan dilindungi hendaknya.. dah lama Sha tak menjengah ke blog Sha yang comey lotey ni..hehehe perasan sangat kan. 

Tetiba plak tajuk entry kali ni berkenaan dengan Operation Theatre kan... ni takda kaitan Sha kena operate ke , Sha jadi pakar bedah ke apa..Cuma ni berkenaan dengan technologi yang canggih manggih sampai kekadang kita sendiri tak terkejar dek edaran zaman...

 Apa itu Operation Theatre Online Booking System tu Sha oii....

Sat la nak cita ni.... sapa yang kerja kat hospital mesti tahu kan...kot2 la ada doktor or nurse yang jenguk blog comey Sha ni,..

Operation Theatre Booking Online ni adalah.. satu system yang dibangunkan sendiri oleh Sha (Programmer) untuk sebuah hospital swasta... Dua bulan jugak la masa diambil untuk siapkan fully sistem ni..

Sistem ni diguna pakai oleh doctor, nurse untuk Tempah Dewan Bedah... So diaorang ta payah la nak call2 bahagian bilik bedah lagi kalau nak booking dewan bedah kan... Just view schedule kat system yang canggih manggih ni, isi form n submit... Nanti akan disemak oleh management.. 
Senang kan dunia technologi sekarang ni.. Banyak jimat...

Tapi jangan tak tau, system ni harga dia 100K kalau kat tempat lain.. kalau Ada hospital yg berminat nak system ni boleh la gunakan khidmat Sha, harga boleh runding... Hehehe
Kat sini Sha screen shoot sikit interface sytem ni, mana la tau kalau2 ada yang berminat...

sponsor by nuffnang