sponsor by nuffnang

Cuti-cuti Malaysia (Pantai Remis)

Kali ni kami jalan-jalan ke pantai remis plak.. saja ambik angin laut petang-petang kan, bawa anak teruna ni keluar tengok dunia setelah berkurung dalam rumah (sian anak ibu)
Pantai remis ni tak jauh pun dari rumah keluarga mmertua  kat klang ni..  tapi ni lah kali pertama Sha sampai kat sini.. duk dengar ja la family duk cita pasal pantai remis ni sebab diaorang selalulah pergi picnic atau memancing kat sini.. ala kumpul-kumpul family aktiviti hujung minggu kan.. tapi Sha tak pernah plak la ikut diaorang pun..

Bila dah sampai sini baru la tau camna keadaan pantai remis ni.. ala lebih kurang macam kat Kuala Perlis gak la.. pantai ada batu2 besar tu...leh lepak2 cuma dia ada gak la pantai... kalau Kuala Perlis tu tak da pantai... duk lepak atas batu jalah..

Yang bestnya kat sini ada kulit-kulit kerang dan siput.. so apa lagi.. ada la aktiviti kami petang tu... kutip kulit siput dan kerang... boleh buat kraf nanti... ok jom layan aktiviti kami sepetang di pantai remis klang...
Baru sampai...lepak tengok laut dulu

 
Aktiviti kutip kulit siput


Naim join sekali aktiviti ibu..walaupun panas
Khusyuk tu ...


Tunggu matahari terbenam..naim dengan sepek hitamnya..

Banyak gak la kulit siput n kerang yang dikutip petang tu...tapi masih tersimpan belum jadi apa2 kraf lagi...tunggu time rajin dan idea datang k... nanti update bila dan siap...
Catat Ulasan

sponsor by nuffnang