sponsor by nuffnang

Sotong Masak Kicap Pasti Sedap

Haghi ni cheq masak sotong masak kicap plak..oghang utagha panggil masak toyu.. Masak toyu ni simple ja...oghang bujang yang take pernah masuk dapur pun boleh masak ...hehehee. Ni resepinya




Sotong masak kicap

 Bahan-bahan
 1/2 kg sotong
 3 ulas bawang merah(ditumbuk)
 2 ulas bawang putih(ditumbuk)
 1 in halia(ditumbuk)
 1sb sos tiram
 2sb kicap Manis (boleh lebih jika suka)
 3 biji cili api
 Garam secukupnya
 Minyak masak

 Cara memasak
  1.  gaulkan sotong dengan sedikit garam
  2.  Panaskan minyak
  3.  Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga wangi
  4.  Masukkan sotong
  5.  Masuk kicap,sos tiram Dan cili
  6.  Goreng sampai masak




Catat Ulasan

sponsor by nuffnang